Benda Paling Sukar Untuk Orang Lakukan Adalah Berdisiplin

by - Disember 24, 2012


Percaya atau tidak inilah perkara yang paling sukar untuk seseorang lakukan atau berubah. Disiplin ni bukan sekadar diaplikasikan di sekolah sahaja tetapi ia termasuk juga dalam banyak aspek kehidupan.

Hatta benda sekecil-kecil perkara seperti menjaga makanan yang masuk ke dalam badan, aspek kesihatan dan kecergasan, waktu bangun pagi, waktu tidur, waktu makan itu semua mencerminkan disiplin. Tahu tak ada juga orang yang tidak mampu untuk melipat semula telekung selepas digunakan? Tahukah anda ada juga orang yang tidak mampu basuh cawan selepas mereka minum. Tahukah anda ada orang lebih rela sampah berulat di rumah dari membuangnya setiap pagi?

Saya tahu mesti ada antara yang terbaca post ini akan tersenyum... Ha? Benda kecil macam tu pun tak boleh nak buat ke? Jangan ketawa ye? Betul memang ada orang yang macam tu. Walaupun terkadang sesuatu itu cuma mengambil masa kurang 15 saat sekali pun. Hatta kemudahan telah disediakan pun masih tidak dapat nak berubah. Sebenarnya perubahan diri haruslah lahir dari hati nurani kita sendiri, kita tidak boleh memaksa orang berubah. Kita tak boleh nak paksa orang supaya menjaga kecergasan diri jika itu bukan keutamaan hidupnya. Kita tidak boleh paksa orang untuk menjaga makan minum dan jadual makan mereka jika mereka tidak merasa mereka ada kekurangan dari aspek itu. Kita hanya mampu menjaga siapa yang paling hampir dengan diri kita seperti anak dan keluarga kita. Selebihnya setiap perkara adalah atas pilihan mereka sendiri. 




Begitu jugalah halnya dengan perniagaan. Jatuh bangun meniaga bergantung kuat kepada sikap disiplin seseorang. Orang yang kurang berdisiplin agak sukar untuk berjaya dalam perniagaan kerana tidak dapat melihat dengan teliti pengaliran duit keluar masuk. Orang yang kurang berdisiplin mungkin akan terlupa untuk follow-up customer after a purchase is being done. Dan salah satu tanda paling ketara pada orang yang kurang berdisiplin adalah mereka sering bercerita pasal cita-cita berniaga, tetapi cita-cita itu tidak pernah diaplikasikan. Malah apabila mereka bermula jarang sekali yang diusahakan itu akan berterusan atau berkekalan. Ia hanya tinggal sebagai omong-omong kosong buat perbualan di ruang hidangan. Seperti omong kedai kopi kata orang.

Orang yang benar berusaha adalah orang yang diamnya tapi usahanya berjalan dan berhasil. Dalam diamnya dah lebih setahun meniaga. Dalam diamnya dah ada sekumpulan database. Diam-diam ubi berisi kata orang. Tiada omong-omong dihidangan makan, tiada propaganda dijajakan tiada sepanduk di warwarkan; tetapi usahanya dalam diam membuahkan hasil.

Saya telah banyak kali berniaga, berniaga kek di universiti, berniaga baju di kedai online. Alhamdulillah dalam setiap kali itu ada reseller di negeri lain. Alhamdulillah saya tidak pernah bankrupt atau kerugian. Mungkin berkat, mungkin disiplin, mungkin juga nasib. Apapun sebabnya saya bersyukur setiap sesuatu yang membuahkan hasil itu semuanya dari Allah s.w.t. Saya bersyukur Alhamdulillah.

Saya diam sebentar tapi saya bersyukur kerana set minda kini lebih tenang dan fokus. Everybody have their own interest I just hope my interest and my friend with me remain as we are. Supporting one another. Tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang especially kalau dia tidak melalui apa yang kita lalui. Mereka hanya melihat dari luar namun hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Keeping silence does not mean you are weak it just means you are just wiser on what you should share and what you shouldn't. 

Setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Saya harap apa yang berlaku akan diketahui juga hikmahnya suatu hari nanti. A friend of mine have said that, if a friend in your network puts you down, it's better not to have them in you network at all. Maybe she is right. Coz its better to have a friend who motivates you then having something that puts you down. Coz it may chip your strength slowly from a small tip until it becomes a big crack in your scar. You don't need other people consent you just need to believe in yourself. Coz only you know what you have been through. But in the end no body is perfect right?

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?