3 Perkara Ketika Lahirnya Anak Adam

by - Januari 01, 2014

#inspirasi #ShahrinaShaharin

Semalam menonton rancangan di TV Njoi. Baru nak masuk 2 hari tengok rancangan TV tanpa 'kutu' berkeliaran di skrin. Kepada yang mengadu pasal harga barang naik, bertukarlah dari Astro kepada Njoi. Ini cuma cadangan saya, kalau taknak terpulang.

Adakala saya terfikir nak ambil anak angkat duduk dirumah ini. Semata-mata untuk buktikan yang anak sorang ke dua orang ke 9 orang ke, tidak akan jejas rezeki anak. Ramai sangka saya anak sorang makanya hidup saya mudah. Oh, tidak!





Saya ada satu sikap yang entah dari mana datangnya saya pun tak tahu. Saya kurang bercakap kurang mengadu. Tempat mengadu saya hanya di tikar solat. Rukun iman ada 6. Kalau kita tidak percaya, atau was-was salah satu darinya, maka mungkin terjejas iman kita.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Rukun kedua, percaya kepada malaikat. Dan kita diajar sejak tadika lagi rukun iman ini. Malaikat Mikail, adalah malaikat pemberi rezeki. Ada tiga perkara yang Allah SWT dah tentukan sejak kita lahir, dan ianya adalah jodoh, rezeki dan ajal. Sedar atau tidak, bila kita risau hati kita gusar. Bila kita gusar, tandanya kita kurang yakin janji Allah SWT.

Dalam al-Quran Allah SWT dah ajarkan kepada kita melalui Rasulullah s.a.w. ayat menjemput rezeki ~ ayat seribu dinar, surah menjemput rezeki ~ al-waqiah, solat sunat memudahkan rezeki datang ~ solat Dhuha. Allah SWT juga sudah beritahu kita siapa yang bangun di sepertiga malam berdoalah, kerana pada waktu hening dimana ramai yang lena diulit mimpi, Allah akan turun dari arash-Nya dan melihat hamba-Nya yang bermunajat padanya. Di kala itu semua doa kita akan disambut oleh Allah SWT.

Allah SWT telah menyatakan yang rezeki kita datang umpama burung yang bersarang. Dia pergi terbang dan pulang dengan rezeki untuk anak-anaknya. Ini bermakna rezeki itu ada, yang kita perlu cuma platform untuk rezeki kita masuk. Yang berniaga, perniagaan itulah platform anda, yang bekerja disitu jugalah platform anda. Jangan gusar, yakinlah pada Allah SWT. Ingat dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Masih ramai yang mempertikaikan rezeki anak-anak bila harga barang naik. Mungkin mereka belum benar-benar pasakkan dalam hati kebenaran al-Quran. Bila kita risaukan rezeki anak kerana kenaikan barang, sedar atau tidak kita kurang yakin dengan janji Allah tentang ketetapan rezeki anak-anak kita.

Di sini saya buka sedikit rahsia diri yang mungkin menjawab persoalan rakan-rakan rapat yang kenali saya. Kenapa saya cepat faham kuliah engineering, dan boleh carry subject core setahun selepas saya naik semula. Saya carry overlimit credit yang dibenarkan. Walaupun dilihat saya kurang mengadap buku. Satu amalan saya dari dulu.

Saya baru tahu inilah dia, selepas saya ikuti IMKK. Dulu saya hanya buat sahaja, semata-mata sebab nak jadi budak yang baik. Takde niat lain selain mendapat kasih sayang Allah SWT ketika itu. Beban persekitaran memang sangat banyak. Allah.. kalau nak cerita balik, mau fail kot!

Amalan saya cuma satu, dari dulu sampai sekarang. Ianya tahajjud dan selawat. Waktu study saya adalah pukul 3 pagi. Sedar je, saya ambil wuduk dan solat tahajjud. Lepas tu saya berdoa apa yang patut. Kemudian saya hadap buku tak lama kejap je.

Rutin harian saya pula adalah selawat. Percaya atau tidak, ini didikan nenek belah mak saya. Masa membasuh, masak, atau buat apa jua kerja rumah kena selawat. Saya ingat lagi dulu nenek akan tanya kalau masak nasi selawat ke tak? Kalau tak selawat dia akan ambil beras tu, dia basuh semula dengan selawat. Pernah sekali saya terlupa, darjah 2 kot masa tu, nenek baru nak ambil beras di tangan sebab masa dia tanya saya terdiam tak jawab. Tapi sebelum dia capai, saya jawab tapi ina ada wuduk lagi, tadi baru lepas solat.

Ingat dan yakinlah, rezeki itu milik Allah SWT, kita punya langkah adalah membuat aduan kepada DUN kawasan kalau tertekan pasal harga barang naik. Tapi selebihnya semua perkara perlu minta pada Allah SWT. Dia pemilik langit, bumi dan segala isinya. Dia juga pencipta matahari. Dia juga yang meggerakkan hati manusia, siapa nak beli kek, beli baju pada siapa. Dari situlah datangnya punca rezeki kita.

Duit hanya perantaraan. Saya bertemu Amalia Kamarudin beberapa hari yang lepas. Apa rahsia dia menjadi jutawan. Dia pun macam saya, masih bekerja, berniaga part-time. Berjualan kuih biskut yang dibuat oleh kawan dia. Saya korek rahsia dia. Dia kata dia ni kiasu!

Balik IMKK dia terus amal ilmu yang dipelajari, tanpa banyak soal. Setiap hari perjalanan pergi kerja dia dah tak mendengar radio. Itulah time dia mensedekahkan al-Fatihah pada ibu bapa, rakan-rakan sesiapa sahaja. Balik kerja dia cukupkan kuota selawat 1000 kali dan istighfar 100 kali. Dia buat ni lepas isyak. Memang tidur lewatlah malam-malam. Setiap hari sedekah paling kurang RM1 setiap hari. Selain itu tiap hari dhuha tidak tinggal, Tahajjud sama juga.

Di IMKK hari tu, dia berada di hotseat jutawan. Kepada yang belum ikut IMKK itulah mandat kami pelajar #DrAzizanOsman. Buat sahaja selepas itu Allah lorongkan jalan. Buat setiap hari tanpa fail.

Saya juga nak kongsi macam mana saya jumpa DrAzizanOsman. Saya dirundung masalah. Dan masa tu satu je saya buat. Saya solat 2 rakaat, diikuti bacaan yasin. Kadang-kadang saya stress saya tingkatkan, adakala 2-3 kali sehari. Lepas tu Allah lorongkan jalan, saya temui FB Alumni, dan Prof Dr Muhaya. 

Untuk pengetahuan, saya sejak 2006 saya tiada TV berbayar. Dah agak lama saya tengok TV 'berkutu' . Saya juga tak baca paper. Radio pula cuma dengar waktu memandu, itu pun HotFM. Jadi sangat sedikit kebarangkalian nak jumpa Seminar DrAzizanOsman dan Prof Dr Muhaya ni. Selepas solat berterusan disertai Yasin, barulah hidup saya semakin baik.


Saya terus buat apa yang mentor-mentor saya ajarkan. Ilmu dia terus saya apply tanpa banyak soal. Dan hasilnya saya sudah berkawan dengan jutawan-jutawan. Jadi yakinlah, sepenuh hati dan jiwa. Mohonlah pada yang Maha Kaya. Dia lah Pemberi Rezeki. Minta pada dia, dalam diam dalam terang.

Notes: Jadi kepada yang rasa anak saya cuma seorang, anda silap. Anak saya lebih sebenarnya. RKH stands for "Rumah Kasih Harmoni", saya dah lama ikuti mereka sejak 2005 lagi sebelum kelas IMKK dan sebelum saya jadi ibu berdikari. Mereka lah tanggungan saya di alam maya. 

Cubalah sedekah lebih dari kebiasaan kepada yang lebih memerlukan. Anda akan rasa kegembiraan yang luar biasa. Dan tanpa disedari pintu rezeki akan terbuka dengan sendirinya. Percayalah!


You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?