My Story

[My Story] Alhamdulillah tiga hari yang saya lalui bermula 23/11/2012 yang lalu membawa makna kepada diri saya yang tidak mungkin saya akan lupa dan sia-siakan. Hati kini penuh di dada dan saya sudah merancang bagaimana untuk memulakan langkah untuk meredahi dunia perniagaan. Di sana saya menemui ramai rakan-rakan yang sudah dan sedang menuju ke arah kejayaan. Kini saya tidak lagi akan merasa ragu-ragu.

Saya Shahrina merupakan seorang pakar ICT dan telah mempunyai pengalaman kerjaya dibidang yang saya sama. Saya juga merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang puteri bernama Anis Farhana. Segala perspektif saya mula berubah sejak saya mengikuti seminar Dr Azizan Osman. Ketika disini saya telah menemui apa yang saya cari selama ini.


Saat di seminar itu membuatkan saya terimbau kembali kisah saya 6 tahun yang lalu semasa mula menyandang title ibu tunggal. Suatu ketika dahulu hidup saya penuh dugaan. Dulu semasa saya menjadi ibu tunggal saya tidak pernah mencari persatuan ibu tunggal kerana saya tahu saya mampu meneruskan kehidupan saya kerana kerjaya dan pendidikan yang saya miliki.


Di permulaan waktu itu dengan gaji basic yang saya miliki saya menyewa sebuah bilik utama untuk tinggal bersama anak saya dengan dikongsi bersama-sama dengan pelajar universiti UKM. Saya berkerja bersungguh-sungguh, dan memberikan yang terbaik kepada majikan. Saya sangat menyukai kerja saya, dari bidang perisian saya juga membantu di bahagian kejuruteraan elektronik. Saya disenangi majikan kerana kesungguhan saya melaksanakan tugas yang diberi, terkadang saya balik lewat malam. Demi memikirkan masa depan anak tunggal saya, Anis, saya juga meneruskan pengajian keperingkat master di UKM. Kelas bermula setiap 8mlm Jumaat, dan juga hari Sabtu selama sehari. Saya bekerja keras demi masa depan kami berdua. 


Saya cuba ikuti langkah yang kita semua telah diajar diperingkat sekolah. "Demi untuk mencapai kejayaan, kita perlulah miliki ilmu sehingga ke peringkat tertinggi". Walo bagaimana pun, gaji yang ada sememangnya cukup hanya sekadarnya. Saya terpaksa berikat perut demi keperluan harian. Gaji yang dapat sebahagian besarnya digunakan untuk membayar keperluan harian dan nursery anak termasuk OT, kerana kerja lewat malam dan juga kerana menghadiri kelas dihujung minggu. Tapi sayangnya masa saya untuk puteri kesayangan saya sangat terhad. Kehidupan sebagai ibu tunggal yang muda, dikalangan pelajar, dan dikelilingi masyarakat pesimistik bukanlah mudah. Pasti akan sentiasa ada gosip dan pandangan serong masyarakat. Demi mengelakkan diri menjadi buah mulut orang, saya sengaja berkawan rapat dengan bangsa bukan melayu. Mereka lah kawan dan sahabat dikala senang dan kesusahan. Di masa ini lah saya belajar membawa diri dan mencari penyelesaian bila ditimpa kemalangan. Saya mula belajar bagaimana untuk menghadkan perbelanjaan harian kepada RM1-RM3 sehari.


Tetapi syukur dengan anugerah yang diberi Allah saya mampu bertahan sehingga tahun akhir. Tapi sayangnya semangat saya yang rapuh patah jua. Saya gagal menamatkan pengajian walopun hanya tinggal semester terakhir untuk projek tahun akhir tahun. Masalah kewangan untuk memiliki telefon pintar dan beban kerjaya yang banyak menjadi "alasan" saya untuk melarikan diri. Walopun digelar sebagai pelajar paling pintar dikalangan kawan-kawan sekelas, saya lah satu-satunya pelajar yang tidak berjaya menamatkan pengajian.


Tetapi segala onak dan duri yang saya lalui selama ini saya pasti ada hikmah disebaliknya. Anak saya kini sudah pun berusia 7 tahun. Sudah 6 tahun kami berdua, dan melihatkan dia membesar kini saya sedar segala-galanya adalah pengalaman yang cukup berharga. Saya dianugerahkan Allah kelebihan kepintaran dan kebolehan memahami sesuatu dengan mudah dan cepat. Di sepanjang perjalanan kerjaya saya telah pelajari banyak ilmu yang menjadikan saya seorang yang unik. Sekiranya dulu sebagai ibu tunggal saya dimudahkan oleh Allah melalui ranjau kehidupan. 


Kini perspektif saya berubah, saya tidak lagi melihat dari segi kebolehan saya untuk teruskan kehidupan tanpa persatuan ibu tunggal. Tetapi setelah seminar yang saya lalui saya lebih melihat kepada apakah sumbangan yang mampu saya berikan kepada golongan ibu tunggal dan anak yatim yang lain. Pertemuan saya dengan Presiden Ibu Tunggal Putrajaya Pn Wan Sabariah akan saya manafaatkan sepenuhnya. Saya akan cuba membimbing dan memberi ilmu sebaik mungkin dan membantu beliau dalam tugasnya. Saya akan curahkan ilmu yang ada bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka.

Walaupun hati saya terasa sayu setiap hari sebelum memasuki seminar Dr Azizan kerana ibu yang sakit di HUKM. Setiap pagi sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh saya terus keluar menuju HUKM untuk menjengah ibu disana. Mujurlah ada adik-adik yang tidak bekerja sepenuh masa menjaga ibu yang sakit dihospital. Jika peserta lain berlumba-lumba hadir awal ke seminar untuk mendapatkan parking kereta. Saya pula berkejar-kejar ke HUKM untuk melihat keadaan ibu yang tengah terlantar sakit. Dikala ibu selesai sahaja operasi, adik menghantar sms keadaan ibu. Dalam waktu rehat saya sempat menelefon ibu untuk bertanyakan keadaannya. Gugur airmata mendengar suara ibu bila dia menyatakan kesakitan yang teramat sangat di kakinya. Saat itu saya berdoa semoga Allah kuatkan semangat adik-adik saya yang tekun menjaga ibu. Saya doakan juga semoga ibu tabah dan kuat semangat semoga dia cepat sembuh dan gembira semula. Saat itu terlintas dihati alangkah baiknya jika saya berjaya menjadi seorang yang berjaya sebagai usahawan. Pasti saya punya masa untuk menjaga ibu.


Tetapi saya yakin, segalanya pengorbanan itu tidaklah sia-sia. Allah telah membukakan jalan untuk saya hadir di seminar, dan saya bersyukur kerana pengorbanan saya itu berbalas kerana kemurahanan hati Dr Azizan dan warga
Richworks. Ilmu yang saya perolehi sangat-sangat berharga. Malah lebih beharga dari emas berlian. Dengan anugerah yang Allah kurniakan dan juga ilmu yang baru saya timba dari seminar Dr, saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal dan usahawan lain dengan menyumbang ilmu dan kepakaran saya bagi menambah nilai hidup mereka.

Share
Tweet
Pin
Share

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?