Something people don't know about me yet...

by - Januari 23, 2010



Pertama  - Aku ni sebenarnya kena pakai spek... Sejak 1994, lepas SPM aku dah start mengadu sakit kepala yang teruk kat mak. Tapi tak tahu apa punca nya. Aku tido jer lah tiap kali sakit. Pertengah semester pertama kat UTMKL aku start buat spek. Masa mula pakai tu jalan yang landai dan sekata pun nmpk mcm berbukit. Tapi lepas pakai sakit kepala ku beransur kurang. Tapi aku tak suka pakai sgt sbb kalo pakai nnt tudung tak lawa. Tapi power aku kecik jer.. antara 100 ke 150 jer.. cuma kiri dan kanan tak seimbang.

Masa yang selalu memaksa aku memakai spek ialah bila nak mengadap lecturer mengajar.. Walopun aku duduk row no 2 dari depan tulisan akan menjadi kabur. Kalo aku tak leh tgk sgt aku suka intai org sebelah. Nasib lah siapa dok sebelah aku tu.. Aku akan kaco dia selalu. He he he..

Kedua - Aku nie sebenarnya dah ada 3 biji kereta. Kereta pertama ialah kreta Nissan Hijau soft metalik. Keta tu dulu third party insurans. Keta tu menjadi korban bila aku accident kat highway balik dari UKM ke Bukit Jalil. On the same day aku sedar laptop ku di curi. Mujur masa tu aku seorang. Tapi depan kreta mmg remuk teruk. Aku tak de pape, Alhamdulillah.

Keta pintu tak boleh dibuka masa tu aku terjunam jatuh ke longkang besar tepi highway sebelum UPM. Nasib baik juga aku langgar pokok dulu sebelum masuk longkang besar tu. Jadi impak perlanggaran dapat dikurang kan. Dada ku tertekan sikit di stereng keta. Tak de luka2 berdarah cuma bruises sikit2 jer. Keta tu abah declare total loss. Sbb insurans tak cover langsung. Aku keluar dari kreta membawa nota2 kelas dan krusi baby. Aku panjat keluar dari keta melalui tingkap selepas aku call abah. Aku call abah masa aku masih lagi dalam keta. Sejak hari tu juga aku dah tak pakai spek lagi. sebab spek aku patah ketika tu. Dan smpi skrg aku tak buat lg spek baru.

Apa lagi yang orang tak tahu pasal aku ek... Oh ya aku pernah keje jadi technician komputer lepas diploma. Aku troubleshoot motherboard. Masa tu masih technology lama. Pentium sebelum pentium II. Masih pakai socket 7 lagi. Masa keje kat kolej tu lah first time aku buat trunking UTP CAT 5 utk lab komputer nak setup komputer baru. Aku juga ada tolong configurekan laptop semasa diorang nak buat pendaftaran kat dewan.

Aku dah tahu main komputer masa umur aku 8 tahun tp itu pun dgn bantuan abglong. Masa tu abglong baru 9 tahun. Dia suka baca manual buku komputer tu. Abah pun tak tahu sangat lebih2 psl komputer tu dia cuma guna untuk keje. Yang lain2 tu abang belajar dari bacaan. Masa tu teknologi lama. Pakai DOS lagi. Tp komputer abah aku advance skit. Tak payah masuk disket utk load DOS dulu, dia boot-up dan masuk DOS yg dah built in dlm system mcm MAC. Komputer tu dah rosak dah. Jadi tukun dah. Commodore 128/64. Skrin dia warna hitam hijau. Pixel dia mmg besar2 tak smooth mcm teknologi sekarang. Kami main game pakai kaset. Mcm kaset player lagu2 dulu tu. Masa nak running tu dia akan tulis berapa percent dia dah baca... kadang2 kalo dia termiss baca riben tu kita kena rewind balik dan play supaya dia boleh sambung balik kat mana dia tertinggal.




Apa lagi ek... Kami adik beradik sumer lahir kat tempat lain2. Abglong lahir kat Glasgow masa abah tengah buat master. Rasanya thesis abah masa tu pasal solar bowl energy. Aku pulak lahir kat hospital Assunta PJ, adik aku Ita lahir kat Seremban, adik lelaki aku khairul lahir kat Hospital besar KL dan yang last sekali Intan lahir kat klinik Al-Arqam Gombak.

Abah aku orang kampung jer. Minat dia pun minat orang kampung. Abah suka memancing, berbubu, berkebun. Kalo di masa2 free dia.. dia mmg tak reti duduk diam kat rumah. Dia mesti buat salah satu dari hobby dia nie. Walopun abah ada kencing manis tapi boleh tahan kuat juga dia nie. Kalo dia nak buat keje berat masa nie lah minum dan makan makanan bergula. 100 plus dan kuih pulut. Sekrang ni dia dah tua dah tak larat dah nak berkebun dia lebih banyak memancing. Kebun sawit dia tu rasanya dah lama juga dia tak gi tgk2 hasil dia.

Mak aku plak suka menghias rumah. Dulu masa lps SPM kami adik beradik asyik merungut jer.. sbb mak suka pindah2kan tanaman pokok dia. Dia dah tanam satu tempat nnt dia nak ubah tempat lain kena cangkul plak ubah tempat lain. Kami bagi alasan kat mak. Jangan lah pindah2 kan byk2 sgt mak nnt mati pokok tu. Tapi mak tak kisah. Biasanya hidup jer pokok tu walopun byk kali pindah randah. Tapi ada juga 2-3 yg mati... he he he.

Apa lagi ek.. Masa aku kecik2 aku dan adik beradik mmg lasak. Kami pernah main atas bumbung rumah. Kami buat mcm rumah kecik kat atas siling rumah lama tu. Siap bwk kipas makan kat atas sumer. Kami juga rajin panjat pokok buah jambu yang sebatang kat surau rumah lama dulu. Tapi pokok tu dah takde dah. Kena tebang. Satu lagi aku pernah main buaian yg kat rumah2 tu kaki kat atas palang kepala ke bawah. Tak tahu kenapa aku suka sangat buat mcm tu dulu2... agaknya suka sebab dapat mengalirkan darah ke kepala banyak2 kot... he he he entah la..

Satu lagi yang ramai orang tak perasan ialah kat dahi aku ada satu parut kekal. Nie aku dapat sebab menyibuk kaco abang long gali lobang pakai batang paip lama yang bersepah kat surau tu. Abang tengah gali lobang mcm cara ketuk2.. aku nak intai dekat2 sgt terkena dahi aki. Berdarah banyak jugak. tapi smpi sekarang ada lagi bekas parutnya. Kesan pada kenakalan kami adik beradik. he he he..

Satu lagi aku mmg suka pada ketinggian gayat2 skit tp thrilling. dulu kecik2 kami pernah terkunci diluar rumah. Tapi mak masih kat sekolah tak balik lagi. Jadi aku dan abang masuk rumah dengan memanjat dari luar dan masuk ikut atap. Kami dah biasa main panjat2 jadi mcm tak rasa pelik pun sumer tu pada ketika itu.

Memang lasak betul aku masa kecik2 nie.. Karang kalo aku ada anak lagi tak tahu lah aku diorang ikut perangai aku ke tak... maybe kami boleh dkategori kan sebagai hyper active juga kot. He he he.. takder dah kot tu jer.. Serba sedikit psl aku dan keluarga aku. Tak sama sungguh dengan karektor aku sekarang kan?? Tapi itu lah aku.... Ina dan Kaknyah... Kat kampung orang panggil ayah aku Nyah Besor, sbb dia anak no 2.

You May Also Like

1 ulasan

  1. Chân Vũ Đại Đế cảnh cáo bản thân mình không thể chống lại được Thái Hư Chân Hỏa, xem ra đây là sự thật rồi.

    Nhạc Thành lúc này với lời nói của Chân Vũ Đại Đế, hiện tại hắn tin mấy phần, tạm thời coi như lời của Chân Vũ Đại Đế là sự thật, dù sao ở Huyền Thiên nội lục cũng nhìn thấy sư tổ của mình là Hạo Thiên Đại Đế, có thêm Chân Vũ Đại Đế cũng đúng mà thôi.
    dongtam
    mu private
    tim phong tro
    http://nhatroso.com/
    nhac san cuc manh
    tổng đài tư vấn luật
    http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
    văn phòng luật
    tổng đài tư vấn pháp luật
    thành lập công ty
    http://we-cooking.com/
    chém gió
    trung tâm ngoại ngữ
    Nhưng Nhạc Thành bị một chiêu này bị thương không nhẹ, Tam Tinh Thú thân hình khổng lồ cũng nhanh chóng ảm đạm đi rất nhiều, hiển nhiên một kích lúc trước đối với Tam Tinh Thú tiêu hao không nhỏ.

    - Nhân loại đáng chết.

    Bị Nhạc Thành công kích, Tam Tinh Thú khổng lồ tựa hồ bị chọc giận, vốn nó không đem nhân loại nhỏ bé trước mắt này vào đâu, mà lúc này ăn phải đòn đau, mà nó bị phong ấn ở trận bàn này

    BalasPadam

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?