2 - in - 1

by - Januari 05, 2014


#insprasi #ShahrinaShaharin

Jangan sesekali kita kejar duit sebagai kunci utama kita jalankan perniagaan. Kewangan yang banyak memang sesuatu yang kita inginkan tapi tumpukan kepada kebebasan kewangan.
.
Bebas kewangan boleh bermula dari sekarang. Bagaimana?

Simple. Fokus kepada priority, tetapi minimum kan expenses tanpa mengurangi keperluan. Keperluan setiap orang berbeza.

Keperluan saya Broadband. Sebab saya perlukan internet, bukan untuk bisnes sahaja tapi juga untuk kerja. Ia lebih penting dari TV. Sebab saya jarang tengok TV. Tapi saya suka citer fiksyen & sains. Dengan Wifi saya dapat 2-in-1, mobile data untuk HP dan laptop. Saya bayar 1 untuk 2.
.
Bila kita berbisnes tumpukan kepada minat, tumpu kepada membantu. Bila kita minat, ikhlas datang dengan sendirinya. Dengan minat kita lebih ikhlas bantu orang lain. Bila kita bantu orang lain, insyaaAllah Allah SWT buka pintu rezeki kita juga. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Mohonlah pada Allah SWT supaya dia beri kita hidayah, dibukakan pintu rezeki pada kita. Sesungguh rezeki Allah itu amatlah luas. Sandarkan kebergantungan kita pada Yang Maha Kaya, Yang Memberi Rezeki.

"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya yang lain." [HR Muslim]

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?