Akhlak, Amal, Akidah

by - Januari 02, 2014

#inspirasi #ShahrinaShaharin

Telah banyak kelas, seminar, kuliah saya pergi. Tapi adakalanya masih ada tercetus rasa marah sesekali. Terlepas bisikan hati yang kurang enak. Saya cuba tanya pada diri. Nak tanya siapa ye, kalau kita masih lagi ada keladak-keladak?

Kemudian dalam diam hati saya berbisik semula kepada saya. Saya teringat apa Prof Dr Muhaya dan Uztaz Pahrul Mohamad Juoi kerap ulang dalam Celik Famili baru-baru ini. Saya juga kerap baca status kak Diyana Tahir. Apa yang berlaku adalah perantaraan sahaja. Semuanya tarbiah dari Allah SWT.




Kalau kita ada lagi masalah dalam hidup kita, check semula hubungan kita dengan Allah SWT. Check solat kita. Masya-Allah, saya belum lagi hafal semua maksud bacaan solat. Saya ada baca, tapi belum betul-betul ingat. Al-Fatihah insyaaAllah dah ok sikit sebab ikuti kuliah di UIA belajar dengan saudara Farhan Syah. Masih banyak kelemahan dalam solat. Maklumlah saya tiada asas bahasa Arab.

Patutlah masih ada sipi-sipi masalah sekeliling. Kalau hubungan kita dengan Allah SWT baik, insyaaAllah yang lain akan baik. Akhlak adalah buah pada amalan. Kalau amal tapi akhlak dan masih ada yang kurang check semula hubungan dengan Allah SWT.

Syukur ya Allah kerana hidayah mu sampai ketika saya bermonolog sendirian. Coretan ini, untuk perkongsian kawan-kawan andai ia boleh membantu kita cermin diri insyaAllah.

Ya Allah jauhilah hatiku dari sifat menunjuk dan riak. Ya Allah... 


You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?