Kacamata Lyana

by - Disember 15, 2017



Lyana terdengar bunyi samar-samar buzzer telefon pintarnya. Tangan meraba-raba di atas tilam mencari. Tangan tersentuh dan menggenggam sesuatu yang berat dan besar.

"Ni powerbank. Mana phone ni?", bisik Lyana dalam hatinya. Hati terasa lohong. Emm rindunya pada Alissa, buat apalah Alissa ketika ini ya...

Lyana bingkas bangkit untuk mencapai telefon pintar di lantai sisi katilnya. "Eh, tak cas pun?", gerutu hati Lyana, kesal kerana bateri telefonnya langsung tidak bertambah sejak semalam.

Tangan diregangkan. Hilang rasa lesu. Tuala dicapai untuk bersiap ke tempat kerjanya.

Tak sampai 20 minit, Lyana sudah lengkap dengan blazer, T-shirt dan jeans. Seragam jurulatih bisnes atas talian yang di arahkan oleh jabatan dia bekerja.

Baru saja nak melangkah keluar rumah, tiba-tiba langkah Lyana terhenti.

"Eh, semalam macam nak terbelah rasa kepala ni."

Migrainnya datang menyerang semalam. Lyana jarang sakit kepala. Tapi bila ia datang, Allah saja yang tahu sakitnya. Kalau takde mata yang memandang, di ketuk-ketuk tempurung kepalanya untuk melegakan kesakitan di beberapa titik di kepalanya.

Bukankah mengetuk kepala akan membuatkan kepala tu bertambah sakit? Ikut logiknya begitulah kan?

Tapi tidak pada Lyana, ketukan-ketukan kecil pada titik sakit di tempurung kepalanya, akan melegakan sedikit sakit yang tidak terhingga. Adakalanya, bisa sakit tu boleh membuatkan Lyana loya sampai rasa nak muntah tanpa sebab.

Bukan Lyana tidak pernah berjumpa doktor. Tapi doktor sendiri tak tahu apa punca sakitnya. Sebab datangnya sesekali sahaja. Bila Lyana banyak membaca, bila banyak menghadap komputer.

Lyana melangkah naik ke bilik studynya semula. Laci kecil di tarik. Sebuah cermin mata di ambil dan dipakai. "Em, tak cantiklah pakai cermin mata, tudung kembang." Namun, Lyana tetap memakainya. Dia tahu itu saja penawar buat sakit kepala bila ia datang menyerang.

Lyana sahaja dalam adik-beradiknya yang tidak berkaca mata. Abanglong, Anita dan Afifah semuanya berkaca mata, mengikut jejak ayahanda mereka.

Kuasa kacamata Lyana tidak tinggi. Tapi cukup untuk mengimbangkan fokus kedua-dua matanya. Bila dipakai dua, tiga hari, hilanglah migrain kepala Lyana. Dan kacamata itu, akan disimpan kemas semula.

Kacamata Lyana sudah lama tidak bertukar. Sejak Lyana tamat diploma. Tidak seperti abang dan adiknya. Semakin lama berkaca mata semakin tinggi kuasanya.

Dengan kacamata dipakai, Lyana mencapai beg laptop dan kunci motor.

PS: Best tak cermin pendek Lyana. Tulis jer takde plot pun... haha 🤣😅. Cer komen skit...

(Bersambung...) ⬇ cermin mata Lyana ⬇

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?