HANYA KERANA PASSWORD IPHONE

by - Mei 24, 2018





Rina dah sampai ofis di Cyberjaya. Dan on-kan laptop sebab nak mulakan kerja. Biasalah semua orang pun sama kan? Kemudian keluar pop-up untuk Iphone Cloud. Rina key-in password, salah. Try lagi... Salah lagi.. Ish hati mula nak serabut.

Teringat pesan Rina pada Anis. Jangan letak password yang kita tak biasa guna. Pakai yang mama dan Anis tahu. Rina try pula password lain. Tak lepas juga. Hati mula nak marah. Ish.. Anis ni. Capai Iphone dalam beg. Pun lock. Dah try 2, 3, password lock. 😓

Hati dah makin risau. Nanti cuba lagi salah lagi, lagi teruk kena lock. Nak tunggu Anis balik sekolah lambat lagi. Okay tak nak cuba. Terus Rina capai beg, kunci motor dan bergegas ke sekolah Anis. Atas motor macam-macam dah fikir. Fikir cara-cara, dan ucapan nasihat nak bagi Anis. "Kenapa nak lock Iphone. Walaupun Mama bagi Anis, tapi Mama beli sebab Mama nak guna juga." 😰

Bermacam-macam dialog dan scene drama swasta bermain di kepala. Dah makin dekat dengan sekolah, tiba-tiba Rina teringat semalam.

Anis bersorak gembira,
"Mama, yeay dah update OS baru! Tengok ni Mama dah macam Iphone X."
"La yeke, Mama kat Cyber semalam asyik nampak merah je, tapi tekan takde apa. Tak boleh install now." sambut Rina.
"Dia nak tangan Anis jugak."

Rina sambung buat kerja di telefon Vivo dan Asus. Kemudian Anis tanya..
"Mama, nak 'on'-kan touch ID tak?"
"Boleh berapa jari? Kalau dah on, boleh off balik tak? Mama punya ada jari Anis dan jari Mama."
"Ok, takpe lah. Nanti lah. Tak payah dulu."

Rina teringat semalam, Anis dah update OS baru rupanya. Kesian Anis, Rina salah sangka. Jadi mungkin bukan dia sengaja nak tukar password, nak letak lock. Mungkin Iphone yang request bila dah update kena setup baru balik. Hilang dah reda marah tadi. 😌

Sampai je di sekolah, Rina pun panjat tangga sekolah ke tingkat 2. Tadi Rina dah ke tingkat 1. Tingkat 1 Pusat Sumber dan perpustakaan sekolah. Naik ke tingkat 2, pula kelas tingkatan 2. Okay Rina panjat sampai atas ke tingkat 3. Agaknya, budak tingkatan 1 kelas paling atas. Rupanya betul.

Nampak meja semua di susun gaya peperiksaan. Oh terlupa sekejap, rupanya Anis tengah peperiksaan. Rina cari-cari label di pintu kelas. Kemudian nampak Anis tersenyum melambai-lambai. Rina ketuk dan minta izin cikgu yang sedang menanda kertas periksa.

"Cikgu, saya nak jumpa anak saya sekejap. 5 minit aje"
"Baik, boleh."

Rina panggil Anis ke luar pintu.
"Kenapa Anis tukar password? Mama tak boleh buat kerja, dah lock"
"Bukan Anis nak tukar, Iphone suruh tukar.."
"Okay apa password dia..."

Selesai je Anis masuk balik kelas gembira. Rina pun turun tangga. Dalam hati terfikir.. Kenapa Anis seronok sangat Rina datang kelas dia? Dia tak tahu ke mulanya Rina nak marah dia?

Kemudian Rina teringat balik. Dulu masa Rina di sekolah pun Rina suka bila nampak kelibat Abah turun dari kereta nak ke kelas Rina. Walaupun hanya sebab nak bagi bekal tertinggal. Rina rasa bangga orang tahu Abah Rina siapa. Abah baik, hantar bekal dan duit belanja kat sekolah. Suka bila kawan-kawan kenal Abah.

Mungkin itulah yang Anis rasa. "Kawan Anis kata, Mama stylo. Tak macam mak orang lain? Diorang kata Mama comel." "Ha? Tang mana yang stylo tu? Comel ke? Orang lain lagi cantik.", ujar Rina pelik dengan kawan-kawan Anis. "Ya lah stylo, sebab Mama ada fesysen. Pakai jeans dan jacket. Mak orang lain pakai biasa je."

Hahaha...😆 Gelak besar Rina bila dengar.😜 "Anis, Mama pakai jeans sebab Mama naik motor. Nanti kalau pakai kain luka teruklah Mama. Pakai jeans ni selamat sikit. Mama bukan saja nak stylo. 😅 Dulu masa Rina kerja pakai slack dan blazer, budak-budak ni kata Mama Anis professional. Sekarang stylo pulak. Macam-macam. 😂💝

Kerana Iphone lock, Rina terpaksa patah balik ke sekolah Anis...📳💻

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?