Kawan Berhutang Sehingga Anis dan Mak Juga Terkena Tempiasnya

by - Oktober 18, 2018

Topik ni ambil masa agak 2-3 hari di benak hati Rina. Nak tulis atau tidak. Beban di hati tu agak berat. Tapi hal ini bukan lagi melibatkan Rina dan keluarga Rina sahaja, tapi dah melibatkan fanclub dan group rakan sekolah.

Akhirnya, Rina tulis juga kisah ini sebagai iktibar dan kepada yang mengenali berhati-hati. Kisah ni agak panjang, tapi Rina ringkaskan.

Gambar ni diambil dan di hantar pada kawan Rina, bila dia tak pulangkan amaun yang dijanjikan pada masa yang dijanjikan.


🔖 Rina berjumpa kembali rakan lama, dia 'jatuh' katanya. Dibebani hutang yang banyak. Rina cuba bantu, bukan dengan memberi duit untuk kelangsungan hidup tapi dengan berikan kerja untuk ditukar ganti dengan nilai wang.

Job untuk update gambar Facebook setiap hari. Setiap hari RM30x30 hari jadi sepatutnya dapatlah RM900. Kerana bff masa sekolah. Rina berikan RM1k untuk job itu, atas kepercayaan. Bermula Sept 2017. Dia cuma sempat siapkan 2 gambar sahaja, selebihnya dia tinggalkan.

💸 Kekesalan #1 RM1k -- design gambar 2.

Rina cuba ambil positif, agaknya dia terlalu sibuk dan perlukan duit itu untuk sesuatu yang penting. Rina tanggung kerugian tersebut. Rina 'absorb the losses.

Dia cuba untuk memulakan semula kerja printingnya. Nak print T-Shirt katanya. Perlukan modal untuk beli T-Shirt sebelum hantar design. 28 Jan 2018

Rina hulurkan modal hasil Rina berkerja keras sebagai trainer untuk dia mulakan bisnesnya. dalam RM2k, kemudian tambah lagi.. RM2k. Sekali ini, kawan Ina tak berjaya kembalikan duit secukupnya pada jumlah yang dipinjam. Dia bayar balik, cuma tidak sampai habis. RM2k

💸 Kekesalan #2 RM2k -- terbang macam tu sahaja. Kawan sekolah semua ingat dia untung buat printing Tshirt. (mungkinlah dia untung); tapi Rina menanggung rugi kerana pelaburan tak pulang modal. 

💸 Kekesalan #3 Ada yang bgtahu, dia gunakan baki Tshirt untuk printing baju fanclub lain juga. Tapi jika ada, dia tak bayar Rina apa2 pun dari job itu. Duit pinjaman sebelum tu pun belum habis pulangkan.

....

Rina tegur dia, Rina berikan cadangan. Apa kata buat kelas menggunakan bakat yang ada. Untuk job begini langsung tak memerlukan modal. Yang perlu ada hanya modal kemahiran. Rina pun mula mempromosikan kelas dia kepada semua bekas student Rina.

Kelas RM50/pax dan ada beberapa student sudah mendaftar dan transferkan duit ke akaun dia. Yang berdaftar Rina masukkan ke dalam group wasap dengan Rina dan dia sebagai admin. Minggu berganti minggu. Bulan bertukar. Student mula bertanyakan kelas, kelas asal ditunda kerana hari hujan dan tak dapat buat outdoor shooting.

Kelas yang ditunggu-tunggu tidak tiba. Akhirnya, Rina maklumkan pembatalan kelas, dan mesej rakan Rina untuk memulangkan duit student. Dia reply, "Dah mula pulangkan beransur-ansur." Rina diam dengan sangkaan baik yang duit sudah dipulangkan.

Lepas seminggu, student mesej dalam group lagi bertanyakan yuran kelas. Melihat mesej berbunyi seperti yuran tidak lagi diterima, Rina mesej setiap peserta bertanyakan tentang yuran. Rina minta mereka sertakan no akaun juga. Semua ahli Rina kembalikan duit mereka. Tidak Rina maklumkan pada rakan Rina. Rina biarkan dia anggap yang Rina tak tahu dia tak kembalikan duit.

Dalam hati, mungkin dia tak minat.. dan dah terpakai duit yang di'bank-in' kan. It happens sometimes to some of us. Disebabkan amaun itu kecil Rina biarkan.

(Rina termenung, memikirkan banyak kali juga Rina terkena. Tapi Rina masih sabar dan berikan peluang. Pada masa ini, Rina berhenti sekejap menulis dan belek semula semua resit Maybank2u yang ada antara Rina kepadanya. Baaanyaaak... Resit top-up, resit printing, resit petrol, resit grab.)

Rina ingat satu ketika, Rina mula naik marah, sebab pada ketika itu Rina ada kelas di Cyberjaya. Duit yang tinggal hanya cukup-cukup untuk kami berdua. Itu juga termasuk duit Grab Anis untuk ke sekolah esoknya.

"F***r, ni duit Grab Anis nak ke sekolah esok. Rina takde seminggu, tu belanja Anis pergi balik sekolah, sementara Rina takde", Rina cuba menerangkan.

"Esok, F***r janji akan bagi sebelum pukul 10 pada Anis."

"Ingat tau sebelum pukul 10, sebab Anis nak pergi sekolah pukul 11. Dia nak bayar Grab. F***r, kena bagi ditangan Anis tau. Sebab esok Ina ada kelas. Rina jauh... Bukan kat Cyberjaya. Jadi F***r kena bg kat tangan dia."

"Ok-ok. F***r janji."

Esoknya Anis gelisah, dah pukul 10, duitnya tak nampak, mesej takde. Call pun takde. Kelibat kawan Mama pun tak muncul-muncul.


RM60 yang dijanjikan tu tidak kunjung tiba juga. Anis mencari duit, dicelah-celah rumah, dalam laci, pecah tabung. Untuk makan minum dan belanja Grab. Makan Anis cuma panaskan masakan yang telah Rina sediakan untuk dia. Cuma tambang ke sekolah saja yang dia perlukan. Tapi itu pun gagal disempurnakan oleh 'kawan Mama'.

Pada 6 April 2018, selepas mesej ok tu. Esok yang dia kata nak bagi duit pada Anis tu takde. Ina kembali ke rumah dengan notis tulisan Anis depan pintu rumah. 

"Anis dah pergi sekolah Mama. Nanti Mama datang ambil ya. Duit cukup untuk pergi saja."

Marah, kecewa, kesal.. semua bercampur-baur. Sampainya hati dia... Bisik hati Rina.

Banyak lagi kisah yang tak tercoret rasanya di sini. Top-up fon, berkali-kali juga. Duit transport.
Duit belanja student di Sabah, janji nak pulang kembali... sampai Rina dah kembali ke Semenanjung, satu sen pun Rina tak nampak.
(Pada saat ni, air mata Rina menitis. Why am I so blind? Why didn't I see it sooner. Banyak betul tanda-tanda Allah dah tunjuk.)

Dipendekkan cerita, kali terakhir Rina Meletup apabila Rina tanyakan pada dia, "Tolong siapkan report Rina. 5 minit je buatnya. Kalau F***r, tak dapat pulangkan duit Rina takpe. Just siapkan report tu, simple je 5 minit boleh siap. Rina nak claim duit Rina mengajar. Mak Rina sakit ni."

Nak tahu apa dia balas?

"BUKAN MAK RINA SORANG JE YANG SAKIT."

WHAAAT!! Bull-shit!
THIS IS IT!

Masa ni kawan Rina baru je pinjam RM600, bayar RM50 je. Itu pun Rina sabar lagi. 
Dan PALING Rina geram, dia kat ABPBH!!

Manusia jenis apa dia ni!
Bersenang-senang, bersuka-ria, atas kesusahan orang lain!

Untuk yang belum tahu, mak Rina ni OKU. Boleh cari cerita lama dalam Facebook. Mak memakai kaki palsu selepas operate. Dan pada ketika ini, Rina dan Intan berganti-ganti dengan abang menjaga mak di hospital kerana pneumonia.

"BUKAN MAK INA SORANG JE YANG SAKIT!"
Itu kah balasan seorang yang mengenang jasa kawannya.
Ya Allah, air mata amarah dan sedih menitis lagi. Sebak, suara tersekat di tekak.
Panas rasanya hati ni...

Allah, aku redha, ini yang terbaik untuk kau sampaikan pengajaran pada ku. Akhirnya, dengan peristiwa ini, aku bagai disentap ke dunia nyata. Engkau sedang mengajar dan menunjukkan sesuatu yang aku tidak sedar atau 'aku butakan mataku' demi sebuah persahabatan.

Aku pasrah, aku terima mesej mu ya Allah. Aku akur. Akhirnya, saat itu juga aku blok 'sahabat' ku di Instagram dan juga di semua whatsappnya. Hanya, pada-Mu aku berserah. Rezekiku ditangan mu ya Allah.

Rina lontarkan mesej ke group wasap sekolah. Akhirnya, Rina ambil langkah untuk selidik lebih dalam kes F***r dari rakan sekolah. It's time untuk cari punca sebenar rakan2 lain marah. Pasti ada sebab, takkan semua marah tak bersebab?

Pada masa tu juga Rina send mesej ke group wasap sekolah. Untuk menyiasat.

Seorang mesej Rina malam itu juga, esoknya seorang demi seorang wasap Rina. Akhirnya, terang dan jelaslah pada Rina kenapa mereka marah. Janji yang ber'delay' banyak kali. Pinjam yang tak pernah berpulang.

....

Pagi tadi semasa Rina hendak mula menulis, Rina cari sikit maklumat tentang hutang dan Islam. Rina terjumpa beberapa baik petikan hadith "5 Perkara Nabi Muhammad Beritahu Tentang Hutang".

Petikan ini paling menangkap perhatian Rina.

"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.
Fahamlah Rina pada saat ini apa yang berlaku. Patutlah, rakan Rina tak pernah menghabiskan hutangnya. Belum settle satu hutang, dia dah pinjam lagi. Makin lama hutang dia pada Rina dah jadi beribu-ribu. Sehingga Rina tahu dia takkan mampu nak langsaikannya.

Dari permulaan niat dia dah tak betul. Sebab itu hutang kawan-kawan sekolah lama, tidak pernah lunas. Sehingga, dia terpaksa bertukar, kawan setiap kali.

Ya Allah, Engkau bukakanlah hidayah pada kawanku ini. Hanya Engkau sahaja yang mampu menyuluhkan hidayah pada sesiapa yang Engkau kehendaki.

"Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, Baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir."
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari
Patutlah bila Admin fanclub bertanya tentang no telefon dia tipu kata "sim problem". Dia tak berterus-terang mengatakan Rina dah ambil balik no Rina. Pada saat blog ini ditulis, bil telefon Celcom yang Rina berikan atas nama Rina untuk kawan Rina guna mencecah RM500+ bilnya.

Bertambah Rina marah apabila Rina diberitahu, kawan Rina beli tudung baru berjenama, dan memakai Swarovski. Sedangkan Rina, anak Rina dan rakan-rakan yang lain susah mencari rezeki, dia gunakan "kisah sedih" untuk dapat duit untuk dia berbelanja dengan mudah.

Bil Celcom Rina yang perlu Rina jelaskan setakat Rina ambil semula.

Apa yang Rina pelajari dari peristiwa ini. Rakan kita kenal dulu, boleh berubah. Kita harus berhati-hati ketika meminjamkan duit pada rakan kita. Biar dia pulangkan dulu baki hutang lama, sebelum berikan hutang yang baru. Pay attention pada tanda-tanda di permulaan. Allah bersama-sama orang yang ikhlas. Kebenaran akan ternampak jua.

Inilah kisah, yang Rina coretkan untuk admin fanclub, rakan-rakan fanclub dan rakan-rakan sekolah. Iktibar buat kita semua. Buat 'sahabat' yang membaca, Rina doakan Allah berikan hidayah pada mu untuk bersungguh-sungguh selesaikan hutang kawan-kawan kita. 

Neelofa tak kecapi kejayaan dengan mudah. Vivy Yusof tak capai jualan sehingga layak Forbes hanya kerana ayahnya sahaja. Rina tak capai keadaan Rina sekarang dengan bermalas-malasan dan memilih kerjaya. We all work our ass off to get to where we are today.

Bak kata tweet Neelofa.

If you-re not willing to work for it, don't complain about not having it - Neelofa, 9 Oct 2018

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?