Masih Ramai Yang Mulia Hatinya

by - Januari 25, 2020

Pagi ni, Rina bangun je pagi dengan niat ingin menulis. Sebelum start menulis Rina pasak dalam hati untuk mendaftarkan diri di laman blog chedet.cc. Tidak mahu lagi menjadi silent reader. Rina ambil masa membaca beberapa komen dibawah artikel. Banyak juga yang komen benda tak berkaitan dengan artikel yang tertulis. Ada pula yang copy-paste komen berulang kali dari komen ID orang lain. Apa tujuannya, Rina sendiri tidak pasti.

Rina registerkan diri. Kemudian terfikir, nak jadi anonymous ke? Banyak yang gunakan pseudonym. Ada yang guna kod saja sebagai commenter. Kemudian Rina decide to use my real name, apa salahnya kan? Harapan Rina untuk jadi transparent and be brave. Emm.. meninggalkan komen di blog politik, risiko juga tu. Tapi I like being myself, all flaws and all. Rina yang diam, Rina yang tegas, Rina yang lembut hati, Rina yang suara dia tak power. Rina yang share #TipsIT. Ya, itulah Rina, Shahrina anak Prof Madya Dr Shaharin.

Rina tinggalkan komen to be moderated. Kemudian, Rina spend a few minutes untuk menonton siri economics dari University MIT di YouTube. Senang dah sekarang nak belajar subjek universiti dah lebih mudah. Tak perlu ke MIT, syukur ada common creative content.

Fikiran menerawang kepada konflik yang Rina perhatikan terdekat dengan Rina. Tidak mahu consume dengan sikap tamak pangkat dan harta sesetengah orang, Rina side track perhatian Rina kepada beberapa laman di Facebook. Rak untuk Asnaf. Yayasan Amal Malaysia Cawangan N. Sembilan dan rak asnaf di Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah. Masih ramai yang berhati mulia diluar sana. Membantu tanpa kira keperluan diri sendiri.

Rina renung diri Rina sendiri...

Dah lama Rina berhenti transfer RM1 ke rumah anak yatim pilihan Rina setiap hari. Rina dah tidak hulurkan sedekah ke jiran Rina yang memerlukan (sebelum ni boleh dikatakan setiap bulan Rina hulurkan). Semuanya berubah sejak Rina berhenti kerja. Rina renung dalam diri, saat Rina pernah licinkan akaun bank untuk bantu seorang kawan.

"Bagaimana ya nak bantu orang jika diri kita pun masih belum sempurna," bisik Rina pada hati. 
'Hulur setakat yang kita mampu.'



Rina search di Facebook posting Rina sendiri yang lama-lama dengan keyword 'Opah Hasnah'. Rina jumpa tarikh posting 2013, emm... Anis baru darjah 2. Ya, masa tu Rina ikuti sekumpulan volunteer yang Rina jumpa dan ikut mereka memasak dan mengajar adik-adik di rumah Opah Hasnah. Rina ingat lagi masa ni Rina terkejut sedikit, sebab Rumah Opah Hasnah, sangat dekat dengan tempat yang Rina pernah tinggal dulu, di Bukit Kuda, Klang. Rina bawa bersama Anis ke rumah Opah. Kami makan dan minum bersama.

Rina ingat lagi kakak yang Rina ikut tu namanya Dalina Safuan. Selepas, beberapa tahun, baru Rina sedar. Ramai juga yang berkunjung sesekali ke rumah Opah Hasnah. Syukur.



We don't have to have alot to be giving. Ya, Rina memegang prinsip ni sejak dulu. Pernah sekali masa 2014, Rina tumpangkan seorang foreigner dari Turkey di rumah Rina selama beberapa bulan sehingga dia mampu berdiri sendiri dan menyewa rumah di Kuala Lumpur. Ya, masa tu Rina tidak punya apa. Hanya tempat berteduh dan tilam untuk kami tidur di Semenyih.



Sekarang Rina tinggal di Kajang, di taman berdekatan ada sebuah rumah anak yatim. Insya Allah niat yang baik pasti Allah SWT permudahkan. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim UMMI Selangor betul-betul dekat dengan rumah Rina sekarang.

Hari ini, dalam carian Google baru Rina terbaca artikel Opah Hasnah kini sudah berada di JKM kerana sudah tidak mampu lagi menjaga anak cucunya. Sedihnya, membaca artikel Opah. Rina jarang baca surat khabar, jadi tertinggal berita penting ini. Semoga Opah kini dapat beristirehat dan menumpukan kepada ibadahnya insya Allah. Besar jasa Opah menjaga anak cucunya selama ini.




Ya, Allah, jika bersama koperasi ini membawa aku lagi jauh dari Mu, Engkau jauhkan lah. Jika, beradanya aku di situ membawa kebaikan kepada yang lebih layak menerima rahmatMu Kau cekalkanlah. Sesungguh-Nya, Engkau sebaik-baik perancang. Lorongkanlah aku ke jalan pilihan-Mu, permudahkanlah urusan kami.

Jiwamu murni, cekal dan suci,
Dalam kudratmu, kau limpahkan kasih sedaya termampu,
Opah, masih ku ingat senyummu menyambut kehadiran kami,
Masih ku ingat ligatnya tanganmu bercerita tentang cucu kesayanganmu,
Masihku ingat ramahmu menegur dan menasihat adik-adik dihadapanku,
Opah, biar sapaku hanya seketika,
Doaku tak putus buatmu sehingga ke syurga.

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?