Mood Penulisan, Selepas Insiden Yang Menyentap Jiwa

by - September 11, 2019

Hari ini saya dalam mood penulisan, selepas insiden yang menyentap jiwa. Mood penulisan kali ni, membawa kepada bahasa ibunda kita bahasa Melayu.
.
.
Pagi ini saya dalam mood gembira, terutama selepas beberapa sesi pengajaran bersama Coach Sas Rizal dan Coach Azriel. Seronok bila dengar suara peserta "Ooo... senang je! Terima kasih puan."

Saya sengaja mengajukan lagi soalan, "Best, ke best?"

"Beesst..!"

Seronokkan bila bantu kawan-kawan yang benar-benar ingin belajar. Tulah rasa seronok seorang sahabat atau guru bila dia memberi.

Selesai sesi saya, saya kembali ke kerusi disambung kembali oleh coach yang bersama saya. Saya sambung kerja sambil-sambil saya broadcast peluang geran pada nombor-nombor telefon yang sesak di telefon pintar saya.

Laptop langsung saya tidak sentuh bimbang ia akan ganggu blaster yang sedang berfungsi. Nombor demi nombor menerima mesej peluang saya.




Tersenyum saya sesekali melihat keletah coach Sas. Tangan ligat membalas pertanyaan yang ikhlas nak tahu.

"Dari mana sis dapat nombor saya?", tanya En Wahab (bukan nama sebenar).

"Dari group produk OEM tuan.", balas saya friendly.

"Group OEM mana satu eh?", tanya dia makin curiga.

Hati saya menggerutu, alah kau masuk group melambak-lambak, kau ingat orang takkan tahu no fon kau. Geleng kepala saya kepada ceteknya ilmu keselamatan sesetengah orang. Sendiri mendedahkan, kemudian sibuk bertanya.

Saya masih membalas sabar, senyum Ina.. senyum.. walau dalam hati, mesti terkeluar dalam kata-kata. Saya tersenyum semula. Saya belek group dalam fon kemudian ambil screenshot dan hantar kembali.

"Dalam group ini. Tuan ada dalam ni kan?"

"Ohh yang ini..."

Saya mengangguk perlahan. Macamlah pakcik Wahab nampak. Saya teruskan perbualan mempelawa En Wahab dan berikan maklumat yang perlu untuk dia membuat pilihan.

Pada masa yang sama masuk lagi mesej bertanya...

"Dimana kursus ni?", tanya En Zahir pula.

"Di Cyberjaya tuan," balas saya kembali tersenyum dalam hati.

Senangnya pakai WhatsApp Warrior ni, macam air mesej masuk tanpa perlu banyak buang masa. Terima kasih Bro Rozek...

Saya melayani pertanyaan 2-3 mesej yang turut masuk serentak. Sambil tersenyum bila melihat ada yang memberikan nama untuk hadir. Kecuali seorang...

En Zahir banyak bertanya, nama siapa, di mana geran, efektif kah? Ulangnya berkali-kali. Geran yang diberi dalam RM5k takkan tiada jualan langsung kalau RM5k bisik saya.

Kemudian bahasanya mula berbunyi kasar, "Saya tak suka orang gebang-gebang besar tapi...."

Cepat-cepat saya mencelah, "Saya hanya membuka peluang pada yang berminat. Saya berikan keputusan ditangan tuan untuk memilih. Maaf saya mengganggu."

Tak sempat dia reply ayat kata saya gebang... masih dia dalam status "Typing ...."
Saya terus report!

Hambik kau!
Cukup 3 kali kau kena report, terus phone no kena banned!

Orang nak bantu bisnes dia, di tuduh kita menggebang pulak.
Kalau tak nak cakap sajalah tak nak.
Senang cerita.
Kita pun tak sakit hati.

Saya teruskan aktiviti seperti biasa. Dalam perjalanan di atas motor, saya dah berkira-kira nak menulis tentang hal ini. Terlintas ayat-ayat kurang enak di fikiran, untuk dijadikan karangan.

'Semoga Allah memafkan hamba Allah yang 'bodoh sombong' ini, semoga Allah memafkan juga lintasan hati dan fikiran Rina untuk menulis begini' Ayat dalam kotak fikiran. Eh-eh.

Betul ke kau doakan Allah maafkan dia kalau kau tulis terang-terang tulis tentang peel dia?

Bisik saya pada diri sendiri...
Inilah ragam manusia, fikir saya. Kemudian, terlintas sesuatu di hati. Ia mambuka kotak fikiran. Macam pernah dengar maksud ayat Quran ini.

Bukankah Allah yang menentukan siapa yang menerima hidayah, dan siapa tidak semasa zaman jahiliah dulu? Malah Umar al-Khattab juga menerima hidayah berkat doa Rasulullah SAW.

"Hati manusia ni di tangan Allah."
Hati saya bersuara.
Bukan diri kita atau ayat kita yang mengubahnya. 'Ya kita ikhtiar, kita usaha. Tapi tetap hati manusia, hanya Allah yang boleh membuka hijabnya.'

Hati saya yang berkabus, mula terasa seperti awan-awan sudah mula beralih. Seperti ada sinar pancaran nur yang melegakan. Hati entah kenapa terasa lapang.

'Ya. Allah belum buka hati abang ini. Biarlah dia masih dalam ujian yang mungkin dia tengah hadapi. Mungkin pernah hadir seminar, di mana orang kuat gebang.' Hati Rina mula memujuk.

Allah juga menguji hati Rina tadi, bila diherdik-hina sedang mood asal tengah riang gembira nak bantu sebarkan peluang.

Di sinilah hikmah ujian. Kita kadang-kadang tak sedar diri kita diuji. Bukan yang berat-berat saja merupakan ujian. Lintasan hati, lintasan fikiran juga ujian.

Melihat orang sedang sedap menjamah makan tengahari, semasa kita berusaha nak diet juga ujian.

Hikmah peristiwa kelmarin - kita usaha, tapi Allah juga yang membuka hati manusia menerima atau menolaknya. Satu pelajaran yang semua usahawan atau seller harus pegang untuk kelapangan hati.

Usaha itu MESTI, tapi HASILNYA adalah pilihan Allah juga.
Betulkan kawan-kawan?

#moodmenulisnoveldatanglagi
#lifeofablogger

You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?