My Story - Fitnah Dari Skudai Sampai Kuala Lumpur

by - Julai 08, 2022

 


Gambar lama masa belajar dulu

#Mystory

Sejak direhatkan dari universiti saya cuma berada di rumah. Abah menerima email misteri dari seseorang "anonymous". Saya langsung tidak tahu tentang email itu (saya hanya tahu selepas beberapa tahun berlalu). Luka di hati mak dan abah tidak dapat digambarkan. Tapi saya percaya, dalam keperitan itu, mak dan abah masih mahu saya meneruskan pengajian. 

Satu semester berlalu. Saya hanya duduk di rumah. Sama seperti semua orang yang dilanda dugaan, pada waktu ini, sejadah menjadi peneman setia. Di rumah saya banyak merenung di mana silapnya. 

Adakah kelembutan yang ada satu kelemahan? Adakah kedegilan saya untuk memelihara kewarasan sahabat saya supaya dia tidak jatuh menjunam dalam pelajaran menjadi punca yang membebankan diri? 

Was the sacrifice worth it? Definitely it did not bring anything good for me. Sejak itu, saya mula memikirkan diri saya dahulu. Selepas itu baru orang lain. Kasih diri, dulu baru kasihani orang lain. 

Karektor diri saya berubah beransur-ansur tanpa saya sedari. Dari seorang yang suka tersenyum, ceria dan pendiam. Saya menjadi seorang yang pemerhati, diam dan suka membawa diri. 

Kalau dulu saya selalu yakin saya cerdik dan baik hati. Tapi entah kenapa, sejak peristiwa itu, harga diri sudah terbang melayang. Apa yang saya fikirkan tentang diri saya, "I was weak, naive (abah cakap ni), tidak bijak berfikir". 

Apa yang terlintas di fikiran ketika itu hanyalah, aku mesti kejar kembali masa yang hilang dan terbuang. I need to chase and keep up. 

Semester ketiga bermula. Melangkah kembali ke kampus berasa aneh. Saya merasa ada mata memerhati, ada suara berbicara di kejauhan. Rasa hati memang tidak menyenangkan. Tapi saya degil. Saya determined. 

I'll show them I'm better then what they think of me. 
Aku boleh bijak, jika aku berusaha. 
Aku ada apa yang mereka tiada, aku ada hadiah dari Allah. 
Aku ada minda aritmetik. 
Aku boleh kejar, aku boleh habiskan dengan mudah.

Waktu pra-pendaftaran pun tiba. Semua orang berbincang subjek mana nak daftar dan belajar dahulu. Saya? 

Saya buat sesuatu yang jarang di buat. Saya buat dalam diam. Tiada siapa tahu. Saya langgar peraturan pendaftaran. Saya daftarkan semua 25 subjek tahun ke-2 diploma kejuruteraan elektronik. Saya tiru signature penasihat akademik.

Dengan borang yang penuh itu saya daftarkan diri. 

"Subjek yang takde nanti baru Rina drop. Kalau kantoi nanti sebab over carry baru drop. Selagi tiada siapa tahu Rina carry semua."

"You can do this! "... 

Bersambung..

PS: Salinan semula dari Facebook post 7 Mei 2015


You May Also Like

0 ulasan

Featured Post

Apa Itu eUsahawan? Macam Mana Nak Belajar Dengan eUsahawan?